CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 7, 2012

Bulan Muharam




Pengertian Bulan MUHARRAM
Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Hijriah. Muharram bermaksud "yang dihormati". Dalam masyarakat Jahiliah, ia merupakan bulan yang terpenting. Mereka mengiktiraf bulan ini sebagai antara 4 bulan yang dihormati dengan meletakkan senjata dan tidak berperang atau membunuh musuh. Adat ini telah diperakukan oleh umat Islam memberi peluang kepada para pedagang, tetapi tetap disarankan untuk mempertahankan diri mereka sekiranya mereka menyerang.

Peristiwa Hijrah dan Permulaan Kalendar Islam
Perkataan hijrah adalah bermaksud perpindahan. Ia ditakrifkan sebagai hijrah atau perpindahan orang islam dari Mekah ke Madinah. Mereka berhijrah kerana mencari tapak baru yang lebih subur untuk perkembangkan risalah Islam. 

Allah SWT telah mengarahkan mereka untuk berhijrah bagi mereka menyebarkan ajaran Islam dengan cara yang lebih berkesan. Arah dan tempat berhijrah juga telah ditentukan. Dari peristiwa yang membuka lembaran baru terhadap penyebaran Islam inilah bermulanya tahun Islam (tahun Hijriah).


Selamat menyambut Awal Muharram 15 November 2012/1434H
Amalan Di Bulan Muharram
  • 1 hingga 9hb ---> Sunat Berpuasa
  • 10hb ---> Sunat Berpuasa (Hari Asyura) 
  • Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun. 

Lagu Tema Maal Hijrah

lirik 1 Muharram :

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 




No comments:

Post a Comment