CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 16, 2012

Hidayah Milik Allah






Free Hair → Tudung stylish → Pakai Armsock → Baju Labuh → Baju Longgar  Pakai stokin → Tudung Labuh bidang 50 → Jubah → Tudung Labuh bidang 60 → Niqab

Teguran Pelajar Lelaki
“Akak ni cantiklah kalau bertudung, lebih manis dan ayu.”
“Pakailah tudung, akak tu perempuan.”
Okayy again kena tegur pasal AURAT. Pada awalnya, kita buat tak geti je buat macam dia tengah joke dengan kita. Yelahkan kita ni memang dah biasa berpakaian macam ni takkan tiba-tiba nak tutup aurat, pakai tudung pulak? Tambah lagi kita ni suka berkawan dengan lelaki. Kita layan lelaki bukan cinta-cinta eaa, kita layan lelaki sebab kita suka cerita pasal bola, kereta, and paling penting GAMESSSSS. Kita ni budak sport, dari umur 9 tahun lagi. Kita sangat aktif dan sukakan aktiviti lasak. Kita ni banyak kali wakil sekolah dan wakil KUALA LUMPUR untuk sukan HOKI. Juga KAPTEN pasukan hoki (bukan nak membanggakan diri tetapi menyesal lebih baik jadi ketua usrah baru dapat berkat hhmmm..) Dalam masa yang sama juga, kita ni aktif sukan olahraga juga wakil sekolah. Kalau nak cakap pasal pingat memang bertimbun kat umah tu, macam-macam jenis ada plastic(sekolah punya), ada besi, kacalah tah memang macam-macam bentuk, kiranya boleh buat koleksilah. Begitu juga dengan piala kemain tinggi lagi. Tetapi, semua tuh tak melambangkan apa-apa. Rasa dihargai sebagai “BEST PLAYER” “OLAHRAGAWATI” and what so ever semua tuh hanyalah dirasai seketika, sementara, kojap jo kata orang nogoilah.
Satu hari ni, kita ada TERMINAT dengan sorang budak laki ni. Dia alim orangnya, rajin solat, suka pakai kopiah, suka sangat tengok dia. Jadi kita pun try kawan dengan dia/ngorat dia. Perhh!! Susahnya nak kawan dengan dia. Asyik diam je, tak cakap langsung. Kita tegur dia, dia buat don’t know je. Kita tak putus asa, kita cuba lagi nak “ngorat” dia. Kita mula bagi salam kat dia.
Kita : Assalamualaykum, saya nak tanyalah hari kantin sekolah awak bila ye?
Budak Alim : Waalaykumussalam, minggu depan. Kenapa nak pegi ke?
Kita : (arrhhh suka-suka-suka-sukanyaaaa) owh, hmm tengoklah takut ada tournament.
Budak Alim : Owh, hmm. Nak tegur sikit tapi jangan marah tau.
Kita : Apa dia cakap la. (Curious)
Budak Alim : Tak rasa takut ke, dedahkan aurat?
Kita : Eh, kita ada hal lah. Kayy thanks Assalamualaykum (terus lari tak pandang muka dia dah)
Ketika itulah, kita tiba-tiba rasa lain. Pandang cermin rasa diri ni sangat hodoh dengan style rambut macam korea kononnya. Dulu rasa cantik je bila tengok cermin, siap posing amik gambar lagi tuh. Tah kiita susah nak tidur malam sebab kata-kata pedas budak tuh. Tapi dia tetap  bukan manusia yang mewujudkan niat untuk berhijrah dalam diri ni.


Tutup Kepala vs Tutup Aurat
“Adik dah meningkat remaja, dah baligh bila adik nak tutup aurat ni? Ayah sayang angah, adik tak kesian ke kat ayah ke? Ayah yang akan di tanya kat Allah nanti. Kenapa anak kau tak tutup aurat?”
Allahu Rabbi, kali ni luluh hati bila seorang ayah mengharap anaknya untuk menutup aurat. Tetapi apakan daya EGO SENDIRIAN BERHAD kita sangat kuat. Kita cakap, kita tak sedia lagi banyak benda lagi kita kena buat nanti terbatas segala aktiviti kita nanti. Di pendekkan cerita, kita tanak pakai tudung sebab orang sekeliling kita cakap :
“Kau pakai tudung buat apa, nanti nak lari susah main hoki nanti semakkan pemandangan, dahlah memberatkan badan kau tuh je”
“Tak payah pakai tudung yang penting hati mesti baik”
Itulah kata-kata orang jahil yang tak tahu agama. Kita tak ikut apa yang dorang cakap. Tapi kita cuba kaji apakah betul apa yang mereka cakap? Pastu ada satu hari ni, kita pegi Pavilion hang out dengan member. Kita tengok ada kawan kita ni pakai tudung tapi dia suka mencarut serabut perut tengok dia suka ketawa kuat-kuat plus lagi dia suka peril-perli orang eeeiii tak suka lah orang camni. Jadi, hati kita mula rasakan perkara itu betul. Esoknya, dengan kuasa Allah kita berkenalan dengan sorang kakak yang bertudung labuh. Kita pelik, dia ternyata sangat baik dan lembut berbanding dengan kawan kita kat Pavilion tu yang pakai selendang, baju ketat, seluar BALUT CEMPEDAK tuh memang tak melambangkan apa-apa tentang islam dan dia hanya tutup kepala semata-mata. Akhirnya, di situlah bermulanya terdetik hati kita untuk “MENIRU” kakak tudung labuh ni. Tapi, kita tak tau mana nak beli tudung labuh. Jadi kita pun pakai jelah apa yang ada kat almari rumah tu. Selendang, Tudung bawal, Tudung Indon dan Tudung Heliza katanya. Tapi ternyata kalau wanita menutup aurat ni, lelaki akan hormat tak berani nak sentuh. Kalau tegur pun mana ada cakap “hai, sorang je?” tapi mereka tegur dengan “Assalamualaykum” memberi salam dengan senyum manis. Itu lebih baik dari HEY,HOI,HAI. Walaupun kita tak layan at least mereka tahu kita ni islam kena bagi salam, hehe…kita jawab dalam hati je sorry guys harga kita sangat mahal. Tak boleh nak tegur-tegur sebarangan kayy..
“AURATKU MARUAHKU”



Oppss!! Lupa nak bagitahu, kita mula bertudung 1 RAMADHAN ketika kita tingkatan 5. Semua orang terkejut. Termasuk UMMI dengan AYAH kita. Before kita mula bertudung, kakak bertudung labuh tu ada sarankan kat kita buat solat taubat. Kita pun cari kat internet “SOLAT SUNAT TAUBAT” puufff berduyun keluar cara-cara melakukan solat taubat dan siap ada tips istiqomah dalam ibadah lagi. Selesai solat taubat sepertiga malam sebelum meraikan ramadhan kita rasa satu ketenangan yang sangat luar biasa. Rasa Allah dekat sangat dengan kita. Alhamdulillah rasa tak terperi hebatnya CINTA ALLAH terhadap diri kita yang jahil ni. Ternyata Dia sangat sayangkan kita (̩_ ) penyesalan yang sangat tak terhitung. Allahu RABBI.


Cemuhan Bertubi-tubi
1 Ramadhan pada waktu tu, sesi persekolahan masih berjalan. Pada waktu itu jugak, kita bagi tau kat coach hoki dan olahraga kita nak berhenti. Kita tarik diri untuk menjadi kapten pasukan dan kita ada juga bagi nama siapa yang layak jadi pengganti kita. Kita ingatkan pengakhirannya diterima semua pihak. Ternyata semuanya meleset. Kita di hina dengan pelbagai cemuhan. Ada yang cakap pasal “mak bapaklah” pasal “Alim-alim kucing lah” “pengecutlah”. Paling menyakitkan sebenarnya bila mereka cakap pasal UMMI dan AYAH kita. Kita sakit hati sangat-sangat dan tak boleh tahan dengan sikap dorang jadi tercetusnya perang dingin antara member lama kita dulu. Masa tu, kita dipulaukan atas sebab ajak dorang solat bersama. Pprfftt a bit childish Mereka tak habis mengumpat pasal kita. Paling menyedihkan kawan baik kita pun ikut sama. Kita rasa diri ni kosong dan taka da kawan. Kita balik umah selalu nangis cerita kat UMMI kita. UMMI bagi kata-kata semangat kat kita :
“Kalau nak jadi lebih baik adik kena kuat dan kena terima apa yang orang tegur”
“Sedangkan NABI mendapat ujian inikan pula kita manusia biasa.”
“Allah sentiasa menolong orang yang membantu agamanya”
Bait kata-kata UMMI membuatkan kita semangat dan Alhamdulillah kita tak takut langsung dengan cemuhan dorang semua, malah kita jadikan cemuhan dorang sebagai bahan ketawa di status bagi melawan orang jahil. *sorry agak keterlaluan*


Hijrah IPTS
Yeahh!! Dunia pelajar kolej..hurmm, sebab apa yeaahh!! Sangat? Ternyata disitulah bermulanya penghijrahan terbesar kita. Walaupun awal sem agak goyah dengan persekitaran yang tak membantu untuk menjadi lebih baik. Tetapi, pertemuan kita dengan KAKAK kesayangan kita ni membuat kita sangat dekat dengan ISLAM. Kita pernah share cerita kita waktu usrah sama-sama kakak kita terkejut sebab kejahilan kita dulu. Kakak kita tak marah pun, tapi dia lagi rapat dengan kita. Dia nak kita jadi adik yang solehah. Kakak kita selalu bawa pegi usrah, majlis ta’lim, ceramah agama, segalanya dilakukan bersama. Kalau ada masalah kita akan kongsi dengan kakak kita tu.
“Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.”

“Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.”
“UKHUWAH FILLAH ABADANABADA”

TEKAD DIHATI
Satu hari, dalam penghijrahan kita dalam kemuncak. Kita berkenalan pula dengan seorang kakak NIQABI. Dia merupakan seorang anak dalam keluarga yang sangat hebat. Penulis terhebat dan sangat pemurah. Pertemuan pertama kita dengan kakak tuh bermula di sebuah rumah yang didiami oleh beberapa orang tahfiz. Awalnya memang terasa malu sebab aurat kita tak tutup dengan sempurna. Kita tak pakai stoking lagi waktu tu, dan tak pakai arm sock. Jadi tanpa hiraukan persekitaran kita tetap berkenalan dengan kakak niqabi tuh dan bercerita. Akhirnya kita dengan kakak niqabi menjadi sangat rapat dan dah macam adik beradik..hehe yelah dah tidur sama-sama. Suatu hari, hasrat kita untuk berniqab tercapai atas bantuan kakak niqabi. Dia menghadiahkan 5 helai niqab untuk kita \(´`)/ sonoknyaaaa!!! SENYUM  SAMPAI KE TELINGA. Kejadian di MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC. Tempat bersejarah tu sebab kita first time dating dengan akak niqabi penuh harapan untuk mempelajari dan amik pengalaman akak tuh sebagai pembakar semangat sebelum berpakaian lebih baik. Kini Alhamdulillah kita adalah seorang niqabi dan sentiasa perbaharui diri untuk menjadi anak yang solehah dan InsyaAllah suatu hari nanti ISTERI SOLEHAH.
KESIMPULANNYA, hidayah adalah milik Allah tetapi cara hidayah disampaikan dengan pelbagai cara. Dalam kisah ni, hidayah diturunkan melalui wanita bertudung labuh. Begitu juga, dengan kisah Saidina Umar yang mendapat hidayah ketika adiknya membaca al-quran. Moga kita tidak persiakan hidayah yang Allah berikan. Ingatlah mati itu sangat dekat dengan kita, Allah sentiasa membuka pintu taubat dan menerimanya dengan redha jika kita bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Teruskan ISTIQOMAH dan LA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA





“Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.”

“Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.”

No comments:

Post a Comment