CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 12, 2012

Pencinta Kucing (Riwayat Hidup Abu Hurairah)


Riwayat Hidup Abu Hurairah (Bapa Kucing Kecil)
Nama sebenar beliau ialah : Abd Syams (sebelum masuk islam), ‘Abdurrahman bin Shakhr Al-Azdi (selepas masuk islam pada 7 hijriah semasa perang khaibar).
Beliau berasal dari kabilah Bani Daus dari Yaman. Beliau diperkirakan lahir 21 tahun sebelum hijrah, dan sejak kecil sudah menjadi yatim.

Menyayangi Kucing > _ <
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.









Akrab dengan kelaparan
Abu Hurairah juga adalah seorang di antara Muhajirin yang miskin, Ia termasuk salah seorang Ahlush Shuffah, yaitu sahabat yang tinggal di Madinah. Beliau tidak punya rumah untuk tinggal, tidak punya tanah untuk bercucuk tanam, tidak punya barang dagangan untuk dijual. walaupun demikian beliau tegar dalam menghadapi hudup dan sanggup menerima SAW secara baik.Beliau biasa berpuasa sunah tiga hari setiap awal bulan Qamariah, mengisi malam harinya dengan membaca Al-Quran dan solat tahajjud. Beliau sering mengikatkan batu ke perutnya, untuk digunakan menahan lapar.


Banyak menghafal hadis
Iman Syafie pernah berkata: “Abu Hurairah adalah orang yang paling banyak menghafal hadis bila dibandingi dengan perawi-perawi di masanya.”
Abu Hurairah adalah seorang ahli ibadah, begitu juga isteri dan anaknya. Mereka semua biasa bangun pada malam hari secara bergiliran. Beliau bangun pada sepertiga malam kedua dan kemudian anaknya pada sepertiga malam terakhirnya.
Imam Bukhari pernah berkata, “Tercatat lebih dari 800 orang perawi hadits dari kalangan sahabat dan tabi’in yang meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah.”

Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadits dari Nabi Muhammad, iaitu sebanyak 5374 hadis. Diantara yang meriwayatkan hadis darinya adalah Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah, dan lain-lain.
Beliau juga dikenali sebagai GEDUNG ILMU kerana kelebihan beliau dalam menghafal beribu hadis.

Marwan bin Hakam pernah menguji kehebatan hafalan Abu Hurairah terhadap hadis Nabi. Marwan memintanya untuk menyebutkan beberapa hadis, dan pembantu Marwan mencatatnya. Setahun kemudian, Marwan memanggilnya lagi dan Abu Hurairah pun menyebutkan semua hadis yang pernah ia sampaikan tahun sebelumnya, tanpa tertinggal satu huruf, dan urutannya pun benar.


Kewafatan
Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah), beliau mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H dalam usia 78 tahun. Meninggalkan warisan yang sangat berharga, yakni hadis-hadis Nabi, bak butiran-butiran ratna mutu manikam.

No comments:

Post a Comment